Ayat Kursi
"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Older Post | Newer Post
❤ ❤Puteri Lilin a.k.a Awek Lan Todak❤
❤Wan Nur Syarena Natalia Bt Mior Zaili.
❤Nana,Hazuka,Syarena,Puteri Lilin.
❤Age17. Saya tahu saya comel.Got problem?
❤Staying at Puncak Alam,Selangor.
❤Wanna meet me? Dalam mimpi,boleh la kot.
❤Im not SINGLE. Im repeat again IM NOT SINGLE. Thank you.
❤Batch saya bakal menduduki Sijil Penilian Menengah. SPM kejam
True me.
-Love eating. All human eat right?
-Dislike penyakit gedik terlampau.
-When im not in mood. I will eat someone,Aiyoo.
-I love my family. Im repeat it again. I LOVE MY FAMILY,muah.
-I love whatever things in PINK colour.
-Dislike TEDDY BEAR yang ada banyak bulu. Elergik. Hachummm.
-Love KinderBueno.
-Suka menonton dan membaca kisah seram tapi bukan kisah misteri.
-Sangat gerun kepada ketinggian dan serangga.
-Saya benci dan tak suka naik LIF.
-Sangat sangat fanatic kepada BarbieDoll.
-Bila bosan saya suka menonton Running Man.
-Lagu akan menunjukkan saya kepada mood sebenar saya.
More About me.
❤9/4/1996 melihat keindahan bilik bedah di Hospital Angkatan Tentera,Kinrara,Kuala Lumpur.
❤Mempunyai Abah yang sangat kacak lagi bergaya yang bernama Mior Zaili Bin Mior ZainalAbidin dan Ibu yang sangat cantik bernama Noraini Bt Ahmad
❤Mempunyai seorang adik kandung yang comel rupa parasnya yang bernama Wan Nur Hidayah (Nak buli dia hadap saya dulu okay.)
❤Mempunyai 3orang adik tak kandung yang sangat hot dan gangster belaka bernama Nurfarhana Bt Abdul Karim, Khadijah Bt Mohd Fadzli dan Nur Hamidah Najiha Bt Hamdan
❤Bersekolah di sekolah yang sangat cool di SMK PUNCAK ALAM.
❤Bercita-cita ingin menjadi seorang Peguam seperti ibu tercinta.
❤Sangat suka membaca novel karya Ain Maisarah,Zyra Safiya dan Crystal Anabella
❤Sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Haktuihh
❤Im little cute fat girl. More fat more happy.
❤Suka pada 4 jenis warna iaitu Pink,Merah,Hitam dan Putih.
❤Like to daysdream.
❤Suka bercakap dengan nada yang kuat.Bak kata Iskandar my classmate "Nak aku bagi mic? Siap speaker sekali aku bagi"Lol.
❤Sangat suka mengumpul barang yang berbentuk Ribbon.
❤Mudah menangis dan tersentap.
❤Cikgu PD saya membosankan tapi best. (Lol cakap serupa macha)
❤Dulu orang selalu cakap muka saya macam Elly Mazlein. Haha.
❤Bila saya terkejut, tangan saya mudah je naik.
❤Saya melatah dan melatah adalah satu kerja yang sangat memenatkan. Bahkan lebih memenatkan daripada saya cakap tanpa henti.
❤Saya suka kelihatan comel seperti Barbie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ATTENTION.
Please don't show your stupidness at my blog especially at my 'Chatbox'. Don't show your bad manners here. Pease respect me like how you respect other blogger.If I did stole your stuff,pease tell me and don't use any harsh words,mybe I forgot to put some credits. My blog My rules. Budi bahasa budaya kita. Terima kasih.
❤Little more attention again❤
Im not a perfect hman. No human are perfect. And please don't judge me by its cover. Kita semua tiada hak nak mengadili manusia soal pahala dan dosa. Nak tegur pun,tegurlah dengan cara baik. Bahasa menunjukkan sifat keperibadian seseorang itu, Terima Kasih.